Apa itu Dana Ekuiti?



Dana ekuiti ialah sejenis dana amanah yang tertumpu kepada pelaburan dalam pasaran modal, seperti saham atau stok dan ia mengutamakan peluang untuk kenaikan modal kepada pemegang unit saham tersebut.

Saham ini diterbitkan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga saham yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Pelaburan saham ini merujuk kepada pembelian pegangan saham dalam syarikat-syarikat perniagaan bagi mendapatkan sebahagian dari pendapatan dan aset syarikat-syarikat tersebut.

Apabila kita membeli stok atau saham tersebut, kita sebenarnya memiliki sebahagian dapida syarikat tersebut dan berhak menghadiri dan juga mengundi dalam mesyuarat agung syarikat tersebut.

Sebagai pemegang saham, kita akan menerima faedah daripada segala keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar dan juga daripada kenaikan harganya di pasaran saham.

Tujuan syarikat-syarikat ini menerbitkan saham adalah untuk memperoleh dana tambahan bagi meneruskan operasi syarikat dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman daripada lain-lain sumber luar seperti pinjaman daripada bank perdagangan (pinjaman luar ini boleh meningkatkan risiko kewangan syarikat tersebut).

Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts