Naik Kepada 30%

Kuala Lumpur : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menaikkan kadar pemindahan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk pelaburan melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan dana unit amanah kepada 30 peratus berbanding 20 peratus sebelum ini.

la meliputi IPD dan dana unit amanah yang layak ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP), berkuatkuasa dari 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2019.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata, pihaknya memberikan fleksibiliti untuk mempelbagaikan portfolio persaraan dan potensi untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli.

“Ahli yang memenuhi kriteria Simpanan Asas layak memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 1 kepada IPD pilihan mereka.

“Jumlah yang layak dipindahkan dinaikkan kepada tidak melebih 30 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun l," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi memastikan ahli mempunyai simpanan minimum sekurang—kurangnya RM228,000 apabila mencapai umur 55 tahun.

Menurutnya, berkuatkuasa tahun lalu, had 30 peratus pendedahan kepada pelaburan asing dimansuhkan supaya ahli yang menyertai skim berpeluang melanggani dana yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi serta memanfaatkan pelbagai peluang yang terdapat di pasaran asing.

“Penambahbaikan ini mengambil kira jangkaan ahli yang berubah serta perkembangan dalam industri pengurusan dana,” katanya.

Menurutnya, KWSP juga kini sedang membangunkan portal elektronik SPA (e-Members Investment Scheme - e-MIS) di mana ahli boleh melakukan transaksi secara dalam talian dengan kos yang lebih rendah.

“Platform e-MIS ini bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun 2019.

“Ia akan memberi ahli lebih akses dan meningkatkan ketelusan untuk mendapatkan maklumat dana yang ditawarkan, harga serta prestasi dana di bawah skim SPA agar ahli boleh membuat perbandingan dan membuat keputusan pelaburan terbaik berdasarkan keperluan dan selera risiko masing-masing,” katanya.

Nasir berkata, buat masa ini, ahli juga boleh menggunakan Portal Maklumat Dana yang boleh diakses menerusi i-Akaun.

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 01 Mac 2018

Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257



Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts