• This is default featured slide 1 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

KWSP Semak Senarai Dana Unit Amanah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyemak semula senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan dana unit amanah yang layak ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP), berkuat kuasa 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2018.

Pengurus dana persaraan terbesar negara itu berkata, senarai dana unit amanah yang ditawarkan di bawah SPA KWSP adalah dana yang dinilai berdasarkan kriteria ditetapkan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif(gambar), berkata sebanyak 259 dana unit amanah layak ditawarkan di bawah SPA KWSP daripada 22 IPD untuk tempoh 2017/2018 berbanding 313 dana unit amanah daripada 23 IPD untuk tempoh 2016/2017.

Katanya, bagi tempoh tawaran 2017/2018, KWSP meningkatkan skor kelayakan minimum pengiraan Purata Mudah Untuk Pulangan Konsisten (SACR) yang wajib dicapai kepada 2.33 dari 2.00 sebelumnya.

Beliau berkata, langkah itu bagi menjamin kepentingan ahli yang melabur di bawah SPA KWSP melalui penyingkiran dana atau IPD yang menunjukkan prestasi rendah.

“IPD dimaklumkan bahawa skor kelayakan minimum akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat bagi menjamin kualiti dana yang ditawarkan di bawah skim ini.

“Memandangkan KWSP meningkatkan skor kelayakan minimum kepada 2.00 daripada 1.67 pada 2013, kini tepat masanya untuk meningkatkan lagi skor berkenaan kepada 2.33,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

SACR diperkenalkan oleh KWSP pada 2010 dan dikira berdasarkan prestasi agregat sesebuah dana dalam tempoh tiga tahun, dibandingkan dengan prestasi dana dalam kumpulan yang setaraf serta pencapaian
industri.

Peluang ahli melanggan dana
Nasir berkata, senarai baharu turut menyediakan pelbagai pilihan kepada ahli yang ingin mempelbagaikan pelaburan, berikutan pembatalan had 30 peratus pendedahan kepada pelaburan asing yang berkuatkuasa Ogos 2016.

Katanya, ahli kini berpeluang melanggani dana yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi serta memanfaatkan pelbagai peluang yang terdapat di pasaran-pasaran asing.

Beliau berkata, SPA KWSP membenarkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi meningkatkan simpanan persaraan mereka.

“Berkuat kuasa 1 Januari 2017, ahli boleh memindahkan simpanan tidak melebihi 30 peratus (daripada tidak melebihi 20 peratus sebelumnya) setiap tiga bulan daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam
Akaun 1 melalui IPD yang dilantik,” katanya.

Sumber : Berita Harian
Tarikh : 01 Mac 2017
Penulis : Mohd Zaky Zainuddin

Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257

https://wasap.my/60123578910/UnitAmanah



Share:

Popular Posts

Recent Posts