Apa itu BON?



Bon secara amnya adalah satu akujanji hutang yang diterbitkan sama ada oleh badan-badan kerajaan ataupun syarikat. Dengan kata lain, bon adalah sijil atau sekuriti hutang yang menunjukkan bahawa seseorang pelabur telah meminjamkan wangnya kepada sebuah syarikat atau kerajaan dan beliau akan mendapat pulangan faedah tetap dan bayaran balik modal apabila bon telah matang.

Pelabur akan meminjamkan wang kepada syarikat dengan membeli bon yang telah diterbitkan oleh syarikat tersebut. Selepas tempoh tertentu, syarikat akan membayar semula jumlah yang telah dipinjam daripada pelabur.

Namun begitu, sementara menunggu tempoh matang, syarikat akan membayar faedah kepada pelabur secara berkala mengikut kadar yang telah ditetapkan. Kadar ini juga dikenali sebagai kupon.

Bon diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah peraturan berasaskan pendedahan (disclosure-based regulation) dan pelabur hendaklah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penerbit, dalam dokumen transaksi dan melalui lain-lain saluran informasi yang berkaitan.

Di Malaysia terdapat dua pihak yang menerbitkan bon iaitu, bon dikeluarkan oleh pihak kerajaan (Bon Kerajaan) dan pihak korporat atau syarikat (Bon Korporat).

Bagi bon kerajaan, penerbit utamanya ialah pihak kerajaan, Bank Negara Malaysia dan institusi separa kerajaan (Khazanah Nasional Berhad, Danamodal dan Danaharta). Manakala itu, bon korporat dan sekuriti bersandarkan aset pula diterbitkan Cagamas Berhad, institusi kewangan dan syarikat bukan kewangan.

Pelabur utama pasaran bon Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), syarikat insuran dan institusi kewangan yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan melabur bon, sila klik sini.

Jika berminat untuk melabur dalam unit amanah, boleh hubungi saya di talian

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts