Lebih satu pertiga daripada jutawan Malaysia yang terbabit
dalam Kaji Pelabur Unit Amanah 2015 yang dijalankan Eastspring Investments Bhd menjadi jutawan dengan melabur dalam unit amanah.
Malah, 16 peratus daripada responden kaji selidik itu buat
pertama kali memperoleh RMl juta ketika berusia 37 tahun.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Eastspring Investments, Yap Siok Hoon, berkata kajian itu yang membabitkan 401 responden dari Malaysia, menyaksikan unit amanah menjadi instrumen pelaburan paling popular bagi mereka yang ingin
menjadi jutawan.
Dari segi pelaburan yang menawarkan pulangan paling menarik, katanya, hasil kaji selidik itu menunjukkan pelaburan dalam unit amanah adalah pilihan kedua selepas hartanah.
“Rekod pulangan kukuh yang dicatatkan dalam pelaburan unit
amanah menjadi faktor pelabur memilih pelaburan itu dalam
mencapai hasrat untuk menjadi jutawan.
Jadi pilihan utama
“Pelaburan dalam unit amanah menjadi pilihan utama bagi
mereka yang ingin menjadi jutawan, malah membolehkan mereka memperoleh RMl juta pertama mereka dalam usia muda,” katanya pada pembentangan hasil kaji selidik itu di Kuala Lumpur, semalam.
Siok Hoon, berkata, hasil kaji selidik itu juga menunjukkan
pelaburan dalam saham dan tunai (ringgit) dilihat adalah pelaburan paling tinggi untuk pelabur mengalami kerugian berbanding unit amanah dan hartanah.
Katanya, dari segi kesediaan persaraan, rakyat Malaysia dan
Indonesia lebih bersedia untuk tujuan itu berbanding responden negara lain.
Sumber : Berita Harian
Tarikh : 3 Oktober 2015
Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:
MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257
Home »
Cara Jadi Jutawan
,
Ejen Unit Amanah Terengganu
,
Ejen Unit Trust Terengganu
,
Jutawan Segera
,
Rahsia Jutawan
,
Rahsia Jutawan Terbongkar
» Keratan Berita Harian : Ramai Sertai Unit Amanah Kini Jutawan
No comments:
Post a Comment