Malah, 16 peratus daripada responden kaji selidik itu buat pertama kali memperoleh RMl juta ketika berusia 37 tahun.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Eastspring Investments, Yap Siok Hoon, berkata kajian itu yang membabitkan 401 responden dari Malaysia, menyaksikan unit amanah menjadi instrumen pelaburan paling popular bagi mereka yang ingin menjadi jutawan.
Dari segi pelaburan yang menawarkan pulangan paling menarik, katanya, hasil kaji selidik itu menunjukkan pelaburan dalam unit amanah adalah pilihan kedua selepas hartanah.
“Rekod pulangan kukuh yang dicatatkan dalam pelaburan unit amanah menjadi faktor pelabur memilih pelaburan itu dalam mencapai hasrat untuk menjadi jutawan.
Jadi pilihan utama
“Pelaburan dalam unit amanah menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menjadi jutawan, malah membolehkan mereka memperoleh RMl juta pertama mereka dalam usia muda,” katanya pada pembentangan hasil kaji selidik itu di Kuala Lumpur, semalam.
Siok Hoon, berkata, hasil kaji selidik itu juga menunjukkan pelaburan dalam saham dan tunai (ringgit) dilihat adalah pelaburan paling tinggi untuk pelabur mengalami kerugian berbanding unit amanah dan hartanah.
Katanya, dari segi kesediaan persaraan, rakyat Malaysia dan Indonesia lebih bersedia untuk tujuan itu berbanding responden negara lain.
Sumber : Berita Harian
Tarikh : 3 Oktober 2015
Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:
MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257