Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Amanah?




Mutual Fund = Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham 

Unit amanah adalah suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul wang mereka dan kemudian dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana atau dikenali sebagai Unit Trust Management Company (UTMC).

Semua pelaburan ini akan diurus dan dikawal selia oleh pengurus dana professional atau Fund Manager. Pengurus dana ini akan menguruskan dengan profesional dan cuba sebaik mungkin untuk menghasilkan keuntungan kepada semua pelabur tersebut.

Syarikat pengurusan dana ini dipantau ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia dan ia hanya dibenarkan untuk operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Antara syarikat pengurusan dana yang terdapat di Malaysia ialah Phillip Mutual Berhad, Amanahraya Investment Management Sdn Berhad, RHB Asset Management Sdn Bhd dan banyak lagi.

Wang pelaburan semua pelabur termasuk anda adalah dilindungi dan dijamin sepenuhnya oleh Pemegang Amanah (Trustee) yang dilantik oleh syarikat pengurusan dana.

Untuk dana yang patuh syariah, terdapat panel penasihat patuh syariah yang menyemak setiap traksaksi untuk memastikan semuanya mematuhi panduan syariah dan memastikan semua dana tersebut dilaburkan di tempat yang halal dan dibenarkan sahaja. Dengan adanya dana patuh syariah ini, maka kita perlu mengelakkan diri daripada melabur dalam dana konvensional.

Semua pilihan ada di tangan anda, pilih yang terbaik untuk masa depan anda dan keluarga.

Hubungi saya jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut dengan unit amanah ini di nombor talian di bawah:

MOHD AZHAR     012 - 357 8910 ( TERENGGANU )

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts